This is default featured post 2 title
Ambil daun pegaga bersama akarnya dan cuci hingga bersih. Giling hingga lumat dan satukan bersama sedikit bedak sejuk dan air. Lumurkan pada bahagian kulit yang berparut sebelum masuk tidur. Amalkan selalu.
This is default featured post 3 title
Mahu berhenti merokok? Lakukan amalan berikut... InsyaAllah berjaya... 1. Melengah-lengah Lengahkan tindak balas ke atas keinginan merokok seperti melambat-lambatkan mencari rokok. Sekiranya rokok ada di tangan, jangan dinyalakan terus, tunggu sekurang-kurangnya 5 minit. Keinginan untuk merokok ini kesudahannya akan hilang juga. Katakan pada diri
This is default featured post 4 title
Terdapat beberapa petua untuk melembutkan daging ketika memasak. Antaranya ialah: 1. Rebus daging bersama satu cawan air kelapa hingga lembut. Kemudian masak seperti biasa. 2. Tumbuk halia dan campurkan sedikit garam. Perapkan bahan ini dengan daging selama anggaran setengah jam. Kemudian bilas dengan air bersih dan masaklah daging itu seperti biasa.
This is default featured post 5 title
Ambil beberapa ulas bawang putih dan kulitnya. Kisar bawang putih tadi hingga halus untuk mendapatkan pati bawang putih. Ambil 6 titik pati bawang putih dan dicampur dengan segelas air kosong. Amalkan minum air tersebut 3 kali sehari.
Tuesday, February 28, 2012
Thursday, July 28, 2011
Petua Elak Muka Berjerawat
Petua Elak Muka Berjerawat

Berikut adalah petua-petua yang boleh diamalkan untuk mengelakkan muka dari ditumbuhi jerawat.
1) Ambil beberapa helai daun jambu batu dan giling hingga halus. Campurkan bersama bedak sejuk dan tepek pada muka sebelum masuk tidur. Amalkan selalu.
2) Ambil beberapa helai daun sirih dan tumbuk bersama beras hingga lumat. Campurkan dengan sedikit ait dan tepek pada muka sebelum masuk tidur. Amalkan selalu.
Tuesday, June 28, 2011
Petua Hilangkan Parut Demam Campak
Petua Hilangkan Parut Demam Campak

Demam campak biasanya meninggalkan tanda hitam. Untuk menghilangkannya, cubalah petua di bawah ini:
1) Gilingkan beberapa helai daun semambu hingga lumat. Sapukan di tempat berparut dan biarkan kering. Ulangi selama tiga hari atau sehingga parut hilang.
2) Daun semambu juga boleh direbus untuk diminum airnya. Tujuannya untuk menghilangkan rasa gatal pada bekas demam campak.
3) Parut sebiji jagung muda hingga lumat. Sapukan pada bekas demam campak. Lakukan selama beberapa hari hingga parut hilang.
Selamat mencuba
Sunday, March 28, 2010
Saturday, March 28, 2009
Petua Hilangkan Kedut di Wajah
Petua Hilangkan Kedut di Wajah

Dapat sebatang lobak merah, satu sudu besar tepung jagung dan sebiji kuning telur. Parut lobak satukan bersama tepung jagung dan kuning telur. Gaul hingga mesra dan sapukan pada keseluruhan wajah dan leher sebagai masker. Biarkan sehingga kering anggarn selama 20 minit. Kemudian bilas bersih dengan air suam. Amalkan selalu, insyaAllah berkesan.
BMI Calculator
Thank you for using the Body Mass Index calculator of BMI-Club.























